Readers.... kali ini aku bakalan bahas tentang sejarahnya hari ibu, mumpung hari ini hari ibu.. jadi masih nyambung gitu. okelah ini dia sejarahnya...
Sejarah hari ibu telah dikenal pasti sebagai perayaan musim bunga
orang-orang Greece, sebagai penghormatan terhadap Rhea, ibu kepada tuhan
mereka. Pada tahun 1600 orang-orang England merayakan hari yang mereka
namakan sebagai "Mothering Sunday". Ia dirayakan pada hari Ahad keempat
setiap Lent. Lent adalah tempoh masa selama 40 hari samada dalam bulan
Februari atau Mac. Dalam tempoh ini, sebahagian orang-orang Kristian
akan berhenti melakukan atau memakan makanan tertentu atas alasan agama.
Amalan tersebut adalah sebagai penghormatan mereka terhadap Mother
Mary. Mother Mary adalah Maryam, ibu kepada Nabi Isa Alaihissalam atau
Jesus yang mereka anggap sebagai tuhan.
Dalam
tempoh tersebut juga, kebanyakan rakyat England yang faqir dan miskin,
akan bekerja sebagai pembantu rumah. Mereka sanggup keluar jauh
meninggalkan keluarga kerana percaya bahawa Jesus akan memberikan
kekayaan dan kesenangan dalam tempoh tersebut. Menjelang hari Ahad
keempat, mereka digalakkan untuk bercuti oleh majikan, dan pulang ke
kampung untuk bertemu dengan ibu. Setiap ibu akan dihadiahkan dengan
Mothering Cake atau kek hari ibu sempena perayaan tersebut.
Amalan
dan tradisi ini menular ke seluruh dunia dan ia kini disambut sebagai
penghormatan kepada Mother Church. Mother Church dianggap sebagai kuasa
spiritual yang agung yang memberi manusia kehidupan dan memullihara
mereka dari sebarang kecederaan. Sejak dari itu, perayaan Mothering
Sunday telah diadun dengan upacara kegerejaan. Penghormatan mereka
terhadap ibu sama taraf dengan penghormatan mereka terhadap gereja.
Di
Amerika Syarikat, Hari Ibu disambut seawal 1872 hasil ilham Julia Ward
Howe. Beliau adalah seorang aktivis sosial dan telah menulis puisi " The
Battle Hymn of The Republic" (TBHoTR). TBHoTR telah dijadikan lagu
patriotik yang popular di kalangan warga Amerika. Ungkapan "Hallelujah"
dalam bait-bait lagu tersebut menyerlahkan lagi sentuhan Yahudi dan
Zionis dalam mencaturkan politik dunia.
Pada tahun 1907 Anna
Jarvis dari Philadelphia telah memulakan kempen untuk melancarkan Hari
Ibu. Beliau telah berjaya mempengaruhi Mother's Church di Grafton, West
Virginia agar meraya dan meraikan Hari Ibu pada hari ulang tahun kedua
kematian ibunya, iaitu pada hari Ahad kedua dalam bulan Mei. Semenjak
dari itu, Hari Ibu dirayakan saban tahun di Philadelphia.
Anna
Jarvis, dan pendokong-pendokongnya telah menulis surat kepada menteri,
golongan peniaga dan ahli-ahli politik agar Hari Ibu disambut secara
meluas di seluruh wilayah. Matlamat mereka telah berjaya sepenuhnya pada
tahun 1911 apabila hari tersebut disambut oleh hampir keseluruhan
wilayah Amerika. Pada tahun 1914, Presiden Woodrow Wilson, secara
rasminya telah mengisytiharkan Hari Ibu sebagai Hari cuti umum dan mesti
raikan pada setiap hari Ahad kedua dalam bulan Mei. Biarpun sebahagian
besar negara-negara di dunia menyambutnya pada hari yang berlainan,
tetapi negara seperti Denmark, Finland, Itali, Turki, Australia, dan
Belgium masih merayakannya pada setiap hari Ahad kedua dalam bulan Mei.
Sabtu, 22 Desember 2012
Langganan:
Posting Komentar (Atom)
0 Curcoll:
Posting Komentar